My Add

Thursday 20 October 2011

Muammar Gaddafi terbunuh?

KHAMIS, 20 Oktober, 2011:
Imej yang dirakam melalui telefon kamera menunjukkan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi cedera  parah (kiri) sebelum disahkan terbunuh dalam serangan pejuang revolusi di bandar kelahirannya, Sirte, Tripoli, hari ini. - Foto AFP

Bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi ditangkap pejuang revolusi negara itu di bandar kelahirannya di Sirte, hari ini, demikian menurut laporan televisyen Libya yang memetik Majlis Ketenteraan Misrata.

Bagaimanapun, laporan penangkapan itu masih belum dapat disahkan badan bebas lain.

Gaddafi dilaporkan ditahan selepas berlaku pertempuran tetapi ada khabar angin bahawa bekas Presiden Libya itu terbunuh akibat cedera parah.Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) yang kini memerintah Libya mendakwa Gaddafi bersembunyi di dalam lubang ketika tentera NTC melakukan serbuan.

Susulan berita itu, rakyat negara itu meraikan dengan membunyikan hon dan melepaskan tembakan bertali arus ke udara, menandakan kejatuhan pemerintahan 42 tahun pemimpin paling lama negara itu. - Agensi

No comments:

Post a Comment