My Add

Thursday 20 October 2011

PM hadir perhimpunan pesara, bekas polis Ahad ini

Bernama
KHAMIS, 20 Oktober, 2011: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijadual menghadiri majlis perhimpunan dan ramah mesra bersama pesara dan bekas polis di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Ahad ini. 

Pengerusi majlis itu yang juga Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata perjumpaan julung kali itu dijangka menghimpunkan kira-kira 4,000 pesara dan bekas polis.

Beliau berkata, perhimpunan itu merupakan rakaman penghargaan dan penghormatan tertinggi negara kepada pejuang serta perwira negara yang tidak pernah dilupakan dan diabaikan.

"Melalui majlis ini, semua pesara dan bekas polis dapat berkongsi kepakaran dan pengetahuan mereka dengan pegawai polis yang masih berkhidmat dalam memastikan keamanan negara dipelihara," katanya pada sidang media di sini, hari ini. 

Beliau berkata, keamanan yang dikecapi ketika ini hasil perjuangan pesara dan bekas polis bersama-sama agensi keselamatan lain dalam mempertahankan kemerdekaan negara. 

No comments:

Post a Comment