My Add

Tuesday 18 October 2011

Pacu industri penerbangan: PM


NAJIB dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha  bersama  penerima   lesen jurutera penyelenggaraan pesawat kalangan anak warga FELDA selepas merasmikan sambutan 100 Tahun Penerbangan Malaysia  di KLIA,  semalam.

NAJIB dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha bersama penerima lesen jurutera penyelenggaraan pesawat kalangan anak warga FELDA selepas merasmikan sambutan 100 Tahun Penerbangan Malaysia di KLIA, hari ini.

Oleh Azrina Ahzan 

Dasar Penerbangan Kebangsaan digubal perkukuh ke tahap lebih tinggi
Berita Harian 
SELASA, 18 Oktober, 2011: Dasar Penerbangan Kebangsaan akan digubal tidak lama lagi dalam usaha kerajaan memperkukuhkan lagi industri penerbangan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata bagi merealisasikan hasrat itu, Kementerian Pengangkutan sedang mengadakan beberapa sesi perbincangan dan rundingan dengan pihak berkaitan.Justeru, beliau melahirkan keyakinannya bahawa dasar berkenaan mampu memacu industri penerbangan negara ke tahap yang lebih tinggi.

“Dasar Penerbangan Kebangsaan akan menjadi satu dasar komprehensif yang mengambil kira segala aspek berkaitan industri penerbangan, objektif dan strategi jangka panjang bagi memenuhi keperluan semua pihak berkepentingan.

“Bagi tujuan itu, pengumuman mengenai dasar ini hanya akan dibuat selepas mengambil kira pandangan dan kepentingan semua pihak,” katanya ketika merasmikan sambutan 100 Tahun Penerbangan Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, semalam.

Ia sebagai menyambut ulang tahun ke-100 sejak penerbangan pertama direkodkan di Malaya pada 1911. Turut diadakan sempena majlis itu ialah penyampaian lesen jurutera penyelenggaraan pesawat kepada anak warga FELDA. 

Sementara itu, Najib turut mengulas mengenai kerjasama antara Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia yang bertujuan memastikan kelangsungan industri penerbangan tempatan pada peringkat antarabangsa.

“Seperti semua pihak maklum, landskap industri penerbangan tempatan turut mengalami perubahan dan ia bertujuan meningkatkan daya saing MAS bagi tempoh jangka panjang.

“Bagi AirAsia pula, kerajaan mahu syarikat itu terus kekal sebagai peneraju sektor penerbangan tambang murah.

“Justeru, kerajaan sentiasa memantau perkembangan dalam industri ini, bagi mengukuhkannya dalam pelbagai aspek,” katanya.

Sementara itu, di Kuala Lumpur, Najib mendapat pengiktirafan Organisasi Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) serta Majlis Pelancongan dan Pengembaraan Dunia (WTTC) berikutan perkembangan pesat industri pelancongan Malaysia yang kini berada di tangga kesembilan ranking pelancongan global.

Najib yang menerima Surat Terbuka itu daripada Setiausaha Agung UNWTO, Dr Taleb Rifai di Parlimen, adalah ketua negara kelima dari Asia selepas pemimpin Indonesia, Jepun, China dan Korea menerima Surat Terbuka daripada UNWTO dan WTTC.


No comments:

Post a Comment