My Add

Saturday 8 October 2011

Pas: Cukai korporat dibela, cukai prabayar rakyat dikuatkuasa

Abdul Aziz Mustafa 
Harakahdaily   

SABTU, 08 Oktober, 2011: Belanjawan 2012 yang dibantang perdana menteri semalam dilihat lebih mementingkan pihak korporat berbanding rakyat kebanyakan.

Mempersoal fokus belanjawan itu Datuk Mahfuz Omar berkata, korporat-korporat gergasi di Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) mendapat pelepasan cukai, namun rakyat bawahan dan miskin yang guna telefon prabayar tidak dapat pelepasan cukai jualan.

Dalam ulasan awalnya terhadap Belanjawan 2012 yang disifatkannya sebagai "belanjawan sedap sekali sahaja" sebagai gula-gula Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, Mahfuz berkata, rakyat bawahan dan miskin terus menjadi golongan tertindas yang disasarkan bebanan cukai dalam belanjawan itu.

Menurut beliau, seperti gula-gula sekali bagi sahaja, isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah memang mendapat bantuan RM500 tetapi selepas itu mereka terpaksa membayar pelbagai cukai kepada kerajaan seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan lain-lain cukai.

"Dapat habuan sekali sahaja menjelang pilihan raya tetapi bila BN menang pilihan raya nanti, kena bayar balik hari-hari termasuklah GST.

"Contohnya, cukai jualan enam peratus kepada pengguna telefon prabayar tetap dikenakan kepada rakyat bawahan termasuk rakyat berpendapatan rendah, orang miskin, remaja tanpa pekerjaan, pelajar sekolah dan mahasiswa.
Link
"Memang sekarang syarikat telekomunikasi tangguhkan sebentar perlaksanaan cukai itu ke atas rakyat yang menggunakan perkhidmatan tersebut, tetapi selepas pilihan raya nanti adakah mereka sanggup tanggung lagi cukai enam peratus itu?" kata Mahfuz.

Walaupun beliau tidak mempersoalkan pelepasan cukai kepada korporat-korporat besar di dalam belanjawan itu, seperti firma-firma di KLFID, tetapi Ahli Parlimen Pokok Sena itu kesal dengan belanjawan yang begitu jelas menutup kedua-dua belah mata terhadap langkah melaksanakan pelepasan cukai kepada rakyat bawahan.

"Memang nampak kononnya macam mesra sangat, maklumlah (Timbalan Perdana Menteri Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) sendiri tak halang kita labelkan belanjawan itu sebagai "belanjawan pilihan raya".

"Tetapi, bukan sahaja inflasi yang semakin meningkat tidak kelihatan ditangani secara jujur dan bersungguh-sungguh oleh 'belanjawan sedap sekali' itu, malah belanjawan itu dengan jelas membuktikan bahawa tidak pernah terpadam keghairahan berapi-api BN untuk memaksakan pelbagai cukai kepada rakyat.

"Jangan lupa, (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) telah menyatakan secara terus-terang keinginan kerajaan BN yang diketuainya untuk memaksakan GST selepas pilihan raya," katanya.

Mahfuz menyifatkan kerajaan BN seperti kecanduan untuk menyasarkan rakyat dengan bebanan cukai walaupun kutipann

No comments:

Post a Comment