My Add

Sunday 23 October 2011

Pas Kedah harap PKR, DAP selesaikan pertikaian kerusi

Bernama
AHAD, 23 Oktober, 2011: Pas Kedah berharap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menyelesaikan segera masalah pembahagian kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi perebutan antara kedua-dua parti sebelum pilihan raya umum ke-13 diumumkan.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, walaupun masalah itu hanya membabitkan satu atau dua kerusi, Pas berharap ia diselesaikan dengan segera dan secara baik.

"Biasalah semua orang (parti) hadapi masalah (pembahagian kerusi). DAP lebih fokus kepada kerusi yang disandang oleh PKR. Terpulang kepada mereka untuk berunding. Kita (Pas) sebagai penyelaras jawatankuasa mengharapkan ia diselesaikan dengan baik.

"Kalau DAP boleh yakinkan rakan-rakan dalam pakakan rakyat, kita akan pertimbangkan meletak calon mereka di kerusi yang diminta,” kata Azizan yang juga Menteri Besar Kedah kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 peringkat negeri di Seri Mentaloon, Alor Setar, hari ini.

No comments:

Post a Comment