My Add

Saturday 22 October 2011

PAS konsisten selamatkan akidah umat Islam

  
Harakahdaily
SABTU, 22 Oktober, 2011: Pas istiqamah untuk membersihkan dan mempertahankan akidah kerana ia adalah dasar perjuangannya sejak 1951.

Pengerusi Lajnah Tarbiah Pas Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, dasar Islam di dalam Perlembagaan PAS fasa 3 tidak pernah diubah walaupun kepimpinannya bertukar, sama ada dalam suasana menang atau kalah.

“Malahan penubuhan PAS, apabila sekelompok ulamak di dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan sikap UMNO mengenai isu Natrah pada tahun 1950,” ujarnya dalam kenyataan. 

Jelasnya, sejarah perjuangan Pas untuk mempertahankan akidah di negara ini terpaksa membayar harga yang begitu mahal.

Katanya, sewaktu Pas mempertahankan akidah umat, UMNO bukan sahaja tidak membantu malahan memfitnah Passehingga pemimpinnya ditangkap ISA.

Beliau berkata, antara jasa Pas kepada umat ialah memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai batas-batas iman dan kufur sehingga masyarakat tidak berani menghina hukum Islam.

Di samping itu, ujarnya tidak ada lagi masyarakat yang menghina Islam seperti hukum Islam hanya sesuai di zaman unta, jika laksanakan hukum Islam boleh membawa huru hara.

Pas juga, katanya telah menekankan pendidikan akidah kepada ummah di negara ini melalui kuliah-kuliah dan ceramah umum.

No comments:

Post a Comment