My Add

Saturday 15 October 2011

PDRM sudah bersedia untuk hadapi PRU-13 - KPN

Bernama
SABTU, 15 Oktober, 2011: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Ismail berkata, beliau telah mengarahkan semua kontinjen negeri memberikan latihan kepada pegawai polis di kontinjen masing-masing untuk menghadapi pilihan raya.
  

"Kami menunggu sahaja, kalau pihak kerajaan mengumumkan pili han raya pada bila-bila masa, Insya-Alah kami sudah bersedia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Setia 2010 Polis Bantuan Peladang (Upstream) Malaysia anjuran Sime Darby Plantation Sdn Bhd di Pulau Pinang, hari ini.

Beliau berkata, latihan-latihan yang diberikan kepada pegawai-pegawai polis khususnya anggota polis baru adalah untuk meningkatkan keupayaan mereka terutama dalam menjaga tempat pengundian semasa pilihan raya.

"Tugas-tugas ketika pilihan raya ini lebih spesifik dan setiap pegawai polis harus memainkan peranan mereka bagi memastikan keselamatan dan keamanan negara terjamin,” katanya.

Tan Sri Ismail beramah mesra dengan anggota polis bantuan yang menerima anugerah perkhidmatan Setia 2010 Sime Darby Plantation. - Utusan/ISMAIL KAMALDIN

No comments:

Post a Comment