My Add

Saturday 8 October 2011

Pembangkang mati akal untuk serang Bajet 2012 - Najib

Datuk Seri Najib

Oleh ABDUL YAZID ALIAS

SABTU, 08 Oktober 2011: Datuk Seri Najib Tun Razak percaya pihak pembangkang ketika ini berada dalam keadaan 'mati akal' dalam usaha mereka untuk menyerang Bajet 2012 yang dibentangkan oleh kerajaan di Parlimen semalam.

Tegas Perdana Menteri, pembangkang sebenarnya tidak mempunyai sebab dan alasan untuk mempelekeh-lekehkan bajet tersebut yang jelasnya memberi banyak tumpuan penuh kepada soal kebajikan rakyat di samping memastikan pembangunan negara terus berjalan lancar.

"Pembangkang tidak ada jawapan untuk serang bajet kita (kerajaan). Mereka mati akal, tak ada point (hujah).. mereka hanya boleh kata bajet kita tidak realistik, itu saja.

"Hakikatnya, Bajet 2012 yang disediakan kerajaan ini dibuat berdasarkan pelbagai aspek membabitkan kepentingan rakyat dan negara oleh pakar-pakar daripada Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM) dan lain-lain.

"Orang-orang (pakar-pakar) ini bukan Pak Pandir, ada kepakaran (masing-masing). Bila kita bentang bajet, kita bentang bajet yang mampu dan boleh dilaksanakan oleh kerajaan," kata Perdana Menteri.

Najib berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 300 masyarakat kaum India dalam program walkabout bersama Perdana Menteri anjuran Barisan Nasional (BN) Selangor di Ladang Tuan Mee di Ijok, di sini hari ini. – Utusan

No comments:

Post a Comment