My Add

Saturday 8 October 2011

Belanjawan 2012 utamakan rakyat, kata Presiden MCA

Dr Soi Lek
SABTU, 08 Oktober 2011: Presiden MCA Datuk, Seri Dr. Chua Soi Lek hari ini menyambut baik Belanjawan 2012 yang katanya memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan sekali gus membuktikan bahawa kerajaan mengutamakan kepentingan rakyat.

Sambil mengalu-alukan belanjawan itu yang bertemakan ‘Membela Rakyat, Mensejahterakan Negara’, beliau berkata, ia merupakan rangka tindakan “yang tepat pada masanya dan wajar” memandangkan kos sara hidup yang meningkat di seluruh dunia.

“Kami menyambut baik inisiatif ‘rakyat didahulukan’ kerajaan itu, yang menawarkan bantuan khas RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah,” katanya dalam kenyataan di Kuala  Lumpur .

Soi Lek berkata, inisiatif lain seperti pemberian wang kepada pelajar untuk membeli buku, pemberian RM100 juta kepada setiap sekolah biasa dan sekolah agama serta RM3,000 kepada setiap bekas anggota pasukan keselamatan merupakan antara bukti bahawa kerajaan mengambil berat dan mengutamakan rakyat.

Katanya, MCA juga gembira kerana peruntukan RM33.2 bilion untuk semua subsidi, insentif dan bantuan yang diberi selama ini akan diteruskan kerana langkah itu akan membantu memerangi inflasi.

Menurutnya, MCA yakin kerajaan mampu mencapai sasaran untuk mengurangkan defisitnya daripada 5.4 peratus kepada 4.7 peratus KDNK tahun depan. - Bernama

No comments:

Post a Comment