My Add

Saturday 8 October 2011

Peruntukan RM3,000 pengubat duka 62,000 bekas polis

SABTU, 08 Oktober, 2011: Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) menganggap peruntukan RM3,000 seorang kepada seramai 62,000 bekas anggota polis bertugas pada zaman darurat yang diumumkan dalam Bajet 2012 sebagai pengiktirafan kepada golongan tersebut.

Presidennya, Shafie Bakri berkata, meskipun golongan bekas anggota polis tersinggung apabila terdapat pihak yang cuba mengagungkan komunis, namun dengan peruntukan itu ia dianggap dapat mengubat duka.

Menurutnya, bantuan melibatkan peruntukan yang besar itu telah membuktikan kerajaan tidak pernah lupa kepada anggota keselamatan yang sanggup menggadai nyawa mempertahankan negara.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak terlupa nasib bekas pejuang negara apabila mengumumkan bantuan berkenaan.

"Pengumuman itu sesuatu yang mengejutkan, sebagai bekas polis kami menyambutnya dengan kesyukuran beserta air mata sebagai tanda terima kasih kepada kerajaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Tambahnya, PBPM berharap balu dan duda kepada anggota polis yang menerima bantuan tersebut dapat menikmatinya dengan sebaik mungkin.

Jelasnya, pada 2003, kerajaan telah memberikan bantuan RM1,000 kepada bekas anggota polis yang bergadai nyawa bertempur dengan komunis pada zaman darurat.

"Kali ini bantuan telah digandakan sehingga RM3,000. Oleh itu PBPM mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin Najib," ujarnya.

No comments:

Post a Comment