My Add

Tuesday 18 October 2011

'Tiada siasatan ketiadaan tandatangan pakar bedah kedua'


Anwar Ibrahim
Bernama
SELASA, 18 Oktober, 2011: Seorang pegawai penyiasat memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini beliau tidak menyiasat kenapa hanya seorang pakar bedah menandatangani laporan perubatan berhubung pemeriksaan perubatan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun dua pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) menjalankan pemeriksaan itu pada hari Anwar ditahan pada 16 Julai, 2008.

Superintendan Judy Blacious Pereira, saksi pematahan kedua pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat Anwar berkata beliau berpendapat bahawa penyiasatan itu tidak penting kepada kes itu.

Bagaimanapun, beliau bersetuju dengan peguam utama Anwar, Karpal Singh semasa pemeriksaan balas bahawa kedua-dua doktor, Datuk Dr S.Jeyaindran dan Dr Ee Boon Leong, selepas memeriksa Anwar, sepatutnya menandatangani laporan itu untuk ia diterima sebagai eksibit dalam perbicaraan jenayah.

Saksi itu juga memberitahu mahkamah, salinan laporan yang ditandatangani oleh Dr Jeyaindran telah diserahkan kepada seorang lagi peguam bela Anwar,

S.N.Nair, pada 24 Disember, 2009, atas permintaan peguam itu tetapi salinan kedua yang ditandatangani oleh kedua-dua pakar perubatan tidak diserahkan kepada pasukan pembelaan.

Mengenai isu lain yang dibangkitkan oleh Karpal, Supt Judy, yang kini bertugas di bahagian perundangan dan pendakwaan di Ibu Pejabat Polis Persekutuan (Bukit Aman), menegaskan salinan yang diserahkan kepada Nair dicap dengan perkataan "Sulit".

No comments:

Post a Comment