My Add

Tuesday 18 October 2011

Usahawan muda jadi perintis inovasi, kreativiti perniagaan


TAN Sri Muhiyddin Yassin (kamam) diiringi Pengerusi SME Corp, Datuk Al-Amin Abdul Majid selepas majlis perasmian persidangan 'For Young Entrepreneus's Summit (APEC-YES) di Berjaya Convention Centre Kuala Lumpur, hari ini. Turut kelihatan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhris Tun Mahathir serta Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Paul Jones. - Foto BERNAMA

Bernama
SELASA, 18 Oktober, 2011: Usahawan muda dalam ekonomi anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) boleh menjadi "ejen perubahan" untuk menerajui transformasi dengan mewujudkan budaya perniagaan inovatif dalam masyarakat masing-masing, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini. 

Beliau berkata, meski pun kerajaan komited terhadap usaha memperkukuh kecekapan ekonomi dalam penyelidikan dan pembangunan, teknologi dan inovasi, namun usahawan muda boleh menjadi perintis dan peneraju dalam aspek ini.
Katanya, dengan pengetahuan dan sifat ingin tahu mereka serta keupayaan untuk sentiasa kemas kini dengan maklumat dan aplikasi teknologi, usahawan muda berada pada kedudukan yang lebih baik untuk menerima pakai dan menyesuaikan diri dengan inovasi.

"Oleh kerana rantaian nilai ekonomi sesebuah negara itu boleh dilonjakkan ke tahap yang lebih tinggi melalui inovasi, pendekatan dan perkaedahan inovatif akan mengupayakan generasi menghasilkan idea baharu dan segar, yang boleh diterjemahkan menjadi produk dan perkhidmatan komersial yang berdaya maju. 

"Dengan merangkumkan kepintaran, daya cipta, dan keaslian, saya percaya usahawan, terutamanya usahawan muda, akan meraih manfaat daripada kegiatan nilai tambah yang tinggi, yang seterusnya menjana pendapatan tinggi," Katanya ketika merasmikan Sidang Kemuncak Usahawan Muda APEC (APEC-YES) di sKuala Lumpur, hari ini. 


No comments:

Post a Comment