My Add

Monday 24 October 2011

UMNO Kedah akur jika diminta tukar kerusi

ISNIN, 24 Oktober, 2011: Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah tiada masalah untuk membuat pertukaran kerusi dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain jika ia sesuatu yang dipersetujui BN pusat.

Bernama melaporkan, Pengerusinya, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, beliau akan mematuhi sebarang arahan pucuk pimpinan BN berhubung perkara itu.

Semalam Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dilapor sebagai berkata, bahawa MIC berhasrat membuat pertukaran satu daripada kerusi yang diperuntukkan kepadanya di Selangor dengan kerusi di Kedah atau Pulau Pinang.

Ahmad Bashah berkata, bagaimanapun tindakan Presiden MIC itu dirasakan masih terlalu awal kerana tarikh pilihan raya sebenar belum diketahui.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian bantuan dan duit raya Deepavali kepada lebih 300 warga emas dan kanak-kanak masyarakat India di Dewan MCA Padang Serai, malam tadi. 

No comments:

Post a Comment