My Add

Monday 24 October 2011

Hudud: Kerajaan DAP PP dibidas tidak jelaskan pendirian

ISNIN, 24 Oktober, 2011: Kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang hari ini dibidas   kerana tidak berani menjelaskan pendirian mengenai beberapa isu termasuk pelaksanaan hukum Hudud.

Bernama memetik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN BN) Permatang Berangan, Shabudin Yahaya sebagai berkata, setiap soalan lisan yang dikemukakan oleh wakil rakyat BN berhubung beberapa isu termasuk hukum Hudud ditolak oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussain.

Bercakap kepada pemberita selepas persidangan DUN, beliau berkata, rakyat Pulau Pinang inginkan satu penjelasan daripada kerajaan negeri mengenai pelaksanaan hukum hudud.

"Mereka (rakyat) ingin tahu pendirian kerajaan negeri tetapi, kerajaan negeri tidak berani untuk menjawab soalan dan mencari jalan mudah dengan mengelak daripada menjawab,” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini banyak pemimpin pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat-Pas, termasuk Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, mengeluarkan pelbagai kenyataan.

"Kini kami menggunakan platform yang betul untuk mendapatkan jawapan daripada kerajaan negeri bukannya bagi pihak pemimpin parti,” kata Shabudin.

No comments:

Post a Comment