My Add

Monday, 3 February 2014

Curi kenderaan: Geng Salim tumpas

Oleh NORHIDAYU MOHD. HASSAN

SUNGAI BULOH, ISNIN, 03 Februari, 2014: Polis berjaya menumpaskan geng Salim selepas menahan tujuh lelaki termasuk seorang anggota tentera dipercayai terlibat dalam kes curi dan meleraikan komponen kenderaan dalam satunserbuan di sebuah rumah di Kampung Melayu Subang, di sini Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berkata, hasil kejayaan itu pihaknya berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 13 kes berkaitan di sekitar Sungai Buloh, Petaling Jaya dan Shah Alam.

"Kesemua mereka berusia 22 hingga 33 tahun akan ditahan reman sehingga esok mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam mencuri kenderaan bermotor," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Kampung Baru Subang, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment