Empat lelaki dikhuatiri lemas dalam terowong air
LAWAS, ISNIN, 03 Februari, 2014: Empat lelaki dikhuatiri lemas akibat terperangkap dalam sebuah terowong air di Imigresen Bongkalat, Kampung Lintang Baru di sini hari ini.
Pegawai Berkuasa Bomba II, Rary Benji ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 10.52 pagi.
Katanya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lawas bergegas ke lokasi kejadian lima minit kemudian.
"Jarak antara balai bomba dengan lokasi kejadian kira-kira 28 kilometer.
"Identiti kesemua mangsa masih belum dapat dipastikan kerana ketika ini anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan mereka," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.
No comments:
Post a Comment