EC Thailand adakan pertemuan Khamis ini
BANGKOK, SELASA, 04 Februari, 2014: Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) Thailand akan mengadakan pertemuan pada Khamis ini bagi menentukan tarikh pengundian baharu kepada pengundi-pengundi yang gagal mengundi pada pilihan raya yang lalu, selepas diganggu oleh penunjuk perasaan antikerajaan.
Pesuruhjaya EC, Somchai Srithiyakorn berkata semalam, pertemuan itu akan membincangkan tentang isu pengundian dan pengumuman tarikh baharu pengundian.
Seperti yang diketahui, undian tidak akan dijalankan dalam tempoh masa tujuh hari kerana EC perlu menangani pelbagai masalah terlebih dahulu," jelas Somchai. - AGENSI/UTUSAN
No comments:
Post a Comment