My Add

Tuesday, 4 February 2014

Enam mati dalam kejadian banjir di Filipina

MANILA, SELASA, 04 Februari, 2014: Sekurang-kurangnya enam orang terkorban, selepas berlakunya kejadian tanah runtuh dan banjir di sembilan buah daerah di negara ini, semalam.

Menurut Majlis Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana (NDRRMC), kejadian tersebut turut mengakibatkan seorang mengalami kecederaan, manakala lima lagi dilaporkan hilang.

“Jumlah mereka yang terjejas akibat banjir di sembilan daerah setakat ini mencecah 42,987 orang, selain turut mengakibatkan 83 buah rumah musnah,’’ jelas NDRRMC. - AGENSI/UTUSAN

No comments:

Post a Comment