My Add

Sunday, 2 February 2014

Indonesia-Malaysia jalin kerjasama kawal sempadan lautan

JAKARTA, SABTU, 01 Februari, 2014: Tentera Laut Indonesia akan menjalinkan kerjasama erat dengan kerajaan Malaysia, dalam meningkatkan lagi kawalan di sepanjang sempadan laut di antara kedua-dua buah negara pada tahun ini.

Persediaan bagi melaksanakan operasi yang diberi nama Operasi Benteng Hiu-14 itu, telah dibincangkan dalam satu mesyuarat yang diketuai Komander Aan Kurnia di Surabaya, semalam.

Menurut agensi berita Antara, operasi berkenaan bakal melibatkan enam buah kapal perang, sepasukan tentera laut dan sebuah pesawat pengintip termasuk pasukan perisik.

Operasi itu akan memberi tumpuan dalam melakukan rondaan di sekitar sempadan perairan bagi mengesan sebarang aktiviti pencerobohan sempadan wilayah, penyeludupan senjata api, aktiviti lanun dan jenayah-jenayah lain. - AGENSI/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment