My Add

Sunday, 2 February 2014

Serah kepada kebijaksanaan pemimpin BN

HULU LANGAT, SABTU, 01 Februari, 2014: Keputusan Barisan Nasional (BN) bertanding atau tidak dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang perlu diserahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan pucuk kepemimpinan parti itu untuk menentukannya.

Pengerusi Biro Publisiti Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berkata, jika parti memutuskan untuk bertanding, rakyat juga wajar menyerahkan kepada pemimpin tertinggi BN membuat keputusan sama ada mahu meletakkan calon daripada MCA atau UMNO.

Katanya, Dewan Tertinggi BN akan menentukan keputusan berkenaan dalam mesyuaratnya selepas pengumuman tarikh PRK DUN Kajang oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 5 Februari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment