My Add

Sunday, 2 February 2014

JKM akan pastikan syarat kerajaan Sweden dipatuhi-Rohani

KUCHING, SABTU, 01 FebRUARI, 2014: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memastikan pematuhan tiga syarat ditetapkan kerajaan Sweden sehingga membolehkan empat anak pasangan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa di negara itu, dibawa pulang ke tanah air.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, syarat itu selaras dengan Perkara 3 dan Perkara 20 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC).

"Tiga syarat dikenakan Jabatan Perkhidmatan Masyarakat Sweden iaitu kerajaan Malaysia menerusi JKM perlu menghantar laporan berkala, mengadakan sesi kaunseling kepada anak-anak tersebut dan memastikan `social assurance' atau jaminan sosial yang terkandung dalam Perkara 3 dan 20 CRC dipatuhi.

"Sebagai menteri bertanggungjawab saya akan pastikan JKM melaksanakan ketiga-tiga syarat tersebut," katanya dalam sidang akhbar selepas melawat pesakit di Wad Hematologi Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment