My Add

Sunday, 2 February 2014

Dua kanak-kanak cedera dikelar bapa makin pulih

KUALA LUMPUR, SABTU, 01 Feruari, 2014:- Keadaan dua kanak-kanak perempuan yang cedera parah dikelar bapa mereka di rumah mereka di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Kajang dekat sini Khamis lepas, dilaporkan semakin pulih.

Jurucakap Unit Perhubungan Awam Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata, keadaan seorang daripada kanak-kanak itu yang dirawat di hospital itu semakin pulih dan mampu untuk makan selepas dibedah semalam.

Katanya, kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun itu yang cedera di belakang tengkuk dan putus ibu jarinya dalam kejadian itu menjalani pembedahan di hospital itu kira-kira 12.30 tengah hari semalam.

"Setakat pagi tadi, jururawat yang bertugas memberitahu dia kelihatan sangat tenang, malahan memberi kerjasama apabila disuruh makan.

"Bagaimanapun, kami tidak pasti bila dia dibenarkan keluar daripada wad," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment