Pesawah di Kelantan dijangka rugi RM90 juta akibat kemarau
BUTTERWORTH, SABTU, 15 Februari, 2014: Kira-kira 8,000 pesawah di Kelantan dijangka mengalami kerugian RM90 juta jika masalah penyaluran air ke kawasan sawah yang terjejas akibat kemarau tidak diselesaikan segera.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya sudah meminta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) menyelesaikan masalah berkenaan.
"Kita akan cuba pastikan tidak berlaku kerugian besar," katanya kepada pemberita selepas perasmian Pejabat Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional Pulau Pinang dan perjumpaan dengan usahawan Tekun, di sini hari ini.
Menurut Ismail Sabri, setakat ini pihaknya hanya menerima laporan sawah kering di Kelantan, manakala di Kedah dan Pahang tidak terjejas kerana musim menuai sudah selesai. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment