My Add

Saturday, 15 February 2014

Perak Man 'kembali' ke tempat asal

LENGGONG, SABTU, 15 Februari, 2014: Selepas 24 tahun, rangka manusia prasejarah paling lengkap, Manusia Perak atau Perak Man yang asli dipamerkan kepada orang ramai di tempat asal dia ditemui.

Rangka asli manusia tertua di Malaysia itu kini ditempatkan di Galeri Arkeologi Lenggong Kota Tampan di sini.

Sambutan `kepulangan' Perak Man yang diadakan di galeri berkenaan memberi makna tersendiri kepada lebih 1,000 tetamu yang terdiri daripada pelancong, pelajar dan penduduk setempat.

Malah, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang merasmikan majlis tersebut mengakui, perasaannya tersentuh apabila melihat rangka asli manusia purba itu kembali ke tempat asalnya.

"'Kepulangan' Perak Man merupakan detik yang cukup bersejarah buat semua khususnya masyarakat Lenggong, juga bagi saya sendiri yang merupakan anak Lenggong.

"Mulai hari ini, buat pertama kali rangka asli Perak Man dipamerkan di tempat ia ditemui di Lenggong setelah disimpan di Muzium Negara.

"Apa yang kita lakukan ini (membawa pulang Perak Man ke Lenggong) merupakan keputusan yang cukup penting dan tepat untuk masyarakat di sini melihat rangka asli Perak Man," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment