![]() |
* PENUNJUK perasaan antikerajaan mengangkat tangan bagi menunjukkan mereka tidak membawa senjata ketika menyertai perhimpunan bantahan di pejabat Setiausaha Kementerian Pertahanan, yang menempatkan pejabat Perdana Menteri sementara, Yingluck Shinawatra di Bangkok, semalam. - AGENSI |
Stesen televisyen yang selalunya menyiarkan laporan keputusan pilihan raya, semalam hanya menyiarkan grafik kawasan pilihan raya yang ditutup ekoran dihalang penunjuk perasaan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand berkata, keputusan rasmi tidak boleh diumumkan sehingga pilihan raya kecil diadakan di beberapa kawasan Parlimen yang gagal mengadakan pilihan raya, ekoran penutupan pusat pengundian.
Pilihan raya kecil pertama dijangka diadakan pada 23 Februari ini.
SPR berkata, penutupan pusat pengundian menyebakan 18 peratus daripada 48 juta pengundi berdaftar tidak dapat mengundi, walaupun kebanyakan mereka memang tidak mahu berbuat demikian kerana memulaukan pilihan raya tersebut.
Sementara itu, penunjuk perasaan antikerajaan, hari ini berikrar akan mengadakan demonstrasi lebih besar di tengah Bangkok dan meneruskan usaha untuk mengisytiharkan keputusan pilihan raya tersebut sebagai tidak sah, keadaan yang dilihat akan menyebabkan krisis politik di negara ini berlarutan.
Parti pembangkang utama, Parti Demokrat yang menyokong demonstrasi itu, hari ini berkata, pihaknya akan meneliti bentuk tindakan undang-undang yang boleh diambil bagi menolak keputusan pilihan raya itu termasuk menggunakan undang-undang yang menyebut bahawa pilihan raya perlu diadakan dalam masa satu hari.
Ketua penganjur penunjuk perasaan, Suthep Thaugsuban berkata, misi mereka adalah untuk menutup kementerian-kementerian dan memaksa mereka bertugas di tempat lain.
Katanya, mereka akan menumpukan kepada lima lokasi utama terutama di pusat perniagaan di Bangkok. - AGENSI/UTUSAN

No comments:
Post a Comment