Rakyat Libya di luar negara mula mengundi hari ini
KUALA LUMPUR, SABTU, 15 Februari, 2014: Rakyat Libya yang tinggal di negara ini mula mengundi hari ini dalam Pilihan Raya Dewan Perhimpunan Kawasan Libya 2013 yang bertangungjawab merangka perlembagaan negara itu.
Menurut Ali Abdulhafid Elrowayati, Penasihat Kebangsaan Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) Libya, yang menganjurkan pengundian bagi rakyat Libya di luar negara, selain Malaysia, pengundian juga bermula di 12 negara lain iaitu Qatar, Tunisia, Mesir, Emiriyaah Arab Bersatu (UAE), United Kingdom, Amerika, Itali, Jerman, Turki, Kanada, Ireland dan Jordan.
Katanya, Malaysia dipilih Suruhanjaya Tinggi Pilihan Raya Kebangsaan (HNEC) Libya untuk mengadakan pengundian itu kerana mempunyai ramai rakyat dari negara itu.
Pengundian diadakan di Libyan School, 317 E, Jalan Ampang di sini, dari 8 pagi hingga 6 petang selama tiga hari. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment