My Add

Sunday, 2 February 2014

Shalwati beri kebenaran bawa anak pulang ke Malaysia


 * IBU saudara, Norshaleena Norshal (belakang) bergambar bersama empat beradik (dari kiri) Ammar Azizul Raheem, 12; Adam, 11; Arif, 7; dan Aishah, 14; anak kepada pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden ketika melawat Kediaman Perdana Menteri di Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini.
KUALA LUMPUR, SABTU, 01 Februari, 2014: Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, beliau telah meminta kebenaran daripada Shalwati Norshal untuk membawa pulang empat anaknya ke Malaysia.

Katanya, beliau berbuat demikian semasa berjumpa dengan ibu empat beradik itu yang ditahan reman di penjara di Stockholm, Sweden, dengan wanita itu menandatangani surat kebenaran bagi tujuan itu.

Hamzah berkata, beliau perlu meminta kebenaran terlebih dahulu supaya tidak dilihat 'memandai-mandai' mengambil keputusan sendiri membawa pulang empat beradik itu tanpa kebenaran ibu bapa mereka.

Katanya, beliau turut berbincang dengan guru yang bercuti tanpa gaji itu mengenai persekolahan anak-anaknya di sini, dan wanita itu meminta supaya anaknya ditempatkan di sekolah kebangsaan.

"Beliau tidak mahu memasukkan anak-anaknya ke sekolah antarabangsa kerana perbezaan budaya. Kita akan bincang dengan anak-anak ini sekolah bagaimana yang mereka mahu," katanya kepada pemberita di kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta di sini, hari ini.

Beliau hadir pada majlis pertemuan perdana menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan empat beradik itu, Aishah, 14; Ammar, 12; Adam, 11 dan Arif, 7. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment