My Add

Friday 9 May 2014

1,000 usahawan muda akan diwujudkan

 * ABDUL Rahman Abbas (depan, dua dari kanan) bertanyakan sesuatu kepada pemotong buah, Siti Eashah Chin (kiri) sambil diperhatikan Tajuddin Abdul Rahman (depan tiga dari kanan) dalam Majlis Perasmian Kompleks Jeruk Madu Pak Ali dan Pecah Tanah Tapak Baharu di Nibong Tebal, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/AZMAN ASMAYAT IM
NIBONG TEBAL, KHAMIS, 08 Mei, 2014: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mewujudkan 1,000 usahawan dalam bidang pertanian atau dikenali sebagai agroprenueur muda, Jun tahun ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, usaha itu bertujuan menggalakkan golongan muda terutama graduan untuk menceburi sektor pertanian negara.

Beliau berkata, melalui usaha itu, usahawan muda yang dipilih sedang dikenal pasti untuk diberikan bantuan pinjaman modal bagi menjalankan perniagaan.

"Selain pinjaman, mereka yang dipilih akan diberikan bimbingan oleh Lembaga Pemasaran dan Pertanian Persekutuan (FAMA) serta beberapa agensi di bawah kementerian itu dalam menjalankan produk perniagaan dan pengurusan perniagaan," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Kompleks Jeruk Madu Pak Ali dan Pecah Tanah Tapak Baharu di kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Perda di Tasek dekat sini hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.

Tajuddin berkata, kementerian menyasarkan 1,000 usahawan muda setiap tahun bagi mengubah persepsi masyarakat bahawa sektor pertanian mampu melahirkan usahawan yang berjaya.

"Kita perlukan golongan muda untuk menjadi usahawan kerana pertanian adalah industri menguntungkan dan memberikan kekayaan kepada mereka rajin berusaha dalam bidang ini," katanya. - UTUSAN

1 comment:

  1. Sri Alam Condominium, Seksyen 13 Shah Alam FOR SALE, 1900sqft, RM680k
    http://spfsnr.blogspot.com/

    TEL./WHAT-APPS - 018-2503862

    ReplyDelete