My Add

Thursday, 8 May 2014

3 khemah JPJ di Bukit Kayu Hitam dirosakkan, dibuang

KUBANG PASU, KHAMIS, 08 Mei, 2014: Tiga khemah yang digunakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri bagi menjalankan operasi khas terhadap kenderaan dari Thailand kira-kira dua kilometer dari pintu sempadan Bukit Kayu Hitam dirosakkan dipercayai akibat perbuatan khianat.

Pengarah JPJ negeri, Mohd. Fadhil Hassan berkata, ia disedari para petugas yang tiba di lokasi tersebut bagi memulakan operasi kira-kira 9 pagi tadi.

"Kemungkinan ada pihak yang tidak berpuas hati dengan operasi dijalankan sejak 24 April lalu.

"Namun, ini tidak melemahkan semangat kami untuk meneruskan tugas dan laporan polis sudah dibuat mengenainya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Salah sebuah khemah berkenaan dicampak ke dalam longkang besar di tepi jalan selain terdapat tulisan menghina agensi penguat kuasa itu di jalan dengan menggunakan cat kuning. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment