4 pesawat AirAsia selamat mendarat di klia2
Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
SEPANG, KHAMIS, 08 Mei, 2014: Empat pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia selamat mendarat buat kali pertama di lapangan terbang tambang murah baharu, klia2 di sini hari ini.
Menurut satu kenyataan ringkas dari Malaysia Airport Holding Bhd. (MAHB), penerbangan pertama pesawat AirAsia dari Ho Chi Minh, Vietnam selamat tiba pada pukul 3.50 petang tadi.
Manakala, dua penerbangan domestik dan satu penerbangan antarabangsa lain milik syarikat penerbangan itu selamat mendarat pada pukul 5 petang tadi di klia2.
AirAsia hari ini berpindah secara rasmi dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) selepas klia2 mula beroperasi pada 2 Mei lalu. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment