My Add

Thursday, 8 May 2014

Bekas pemain JDT tidak mengaku salah curi RM500

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

JOHOR BAHRU, KHAMIS, 08 Mei, 2014: Bekas pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Mohammad Hadin Azman, 20, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencuri wang RM500 milik rakan sepasukannya, Mohd. Asraruddin Putra Omar di dalam bilik persalinan pemain, awal bulan lalu.

Mohammad Hadin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan kesalahan itu di dalam bilik persalinan pemain di padang bola Seri Gelam di sini pada pukul 8.30 pagi, 1 April lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Majistret Mohd. Azlan Shah Mohd. Alias membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 25 Mei ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment