5 parah, seorang mati ditembak
KUALA LUMPUR, SABTU, 10 Mei, 2014: Lima lelaki parah manakala seorang meninggal dunia akibat ditembak jarak dekat di Restoran Ummarani, Jalan Ipoh, pagi ini.
Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, kesemua mangsa yang berusia 22 hingga 51 tahun merupakan pengunjung restoran berkenaan.
"Suspek yang menaiki kereta jenis Myvi telah turun dan melepaskan sekurang-kurangnya tujuh das tembakan menggunakan pistol jenis semi automatik.
"Seorang mangsa yang berusia 38 tahun disahkan meninggalkan dunia manakala lima lagi cedera dan sedang diberikan rawatan di Hospital Kuala Lumpur," katanya di sini hari ini. UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment