My Add

Saturday, 10 May 2014

Pelajar Malaysia di Indonesia perlu jaga imej negara

BANDUNG, SABTU, 10 Mei, 2014: Selaku duta kecil, para pelajar Malaysia yang menuntut di Indonesia mempunyai peranan dan tanggungjawab penting untuk menjaga serta membawa imej negara ke dunia luar, kata Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Beliau berkata, masyarakat luar termasuk di Indonesia, akan menilai Malaysia melalui gaya hidup serta budi pekerti para pelajar negara di republik ini.

"Sukan adalah salah satu kaedah informal dalam menyuburkan amalan diplomasi dan hubungan dua hala yang baik sama ada antara cawangan PKPMI (Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia) mahu pun antara pelajar Malaysia dan Indonesia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bandung Games 2014 di Universitas Pendidikan Indonesia Bandung hari ini. Temasya selama tiga hari bermula Jumaat, dianjurkan oleh Education Malaysia Indonesia dengan kerjasama PKPMI dan Kelab UMNO Luar Negara.

Zahrain turut menggesa pelajar Malaysia supaya menjaga hubungan yang erat sebaik mungkin dan mengelak perpecahan kerana sifat saling bantu-membantu adalah elemen utama dalam memastikan mereka dapat meneruskan perjuangan di Indonesia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment