My Add

Thursday, 8 May 2014

Air mentah bekas lombong selamat digunakan - Exco

SHAH ALAM, RABU, 07 Mei, 2014: Kerajaan negeri Selangor sekali lagi menegaskan langkah menggunakan air mentah dari bekas lombong untuk menampung keperluan air di Lembah Klang mematuhi segala parameter ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, orang ramai tidak perlu bimbang mengenai jumlah kandungan logam seperti plumbum dalam bekas lombong sebab ia masih di bawah paras dibenarkan Kementerian Kesihatan.

Katanya, air lombong yang dipam ke Sungai Selangor sebelum dirawat di Loji Pembersihan Air Empangan Sungai Selangor perlu melalui beberapa proses rawatan untuk pembersihan serta diwajibkan melepasi pemeriksaan kualiti mengikut piawaian yang ditetapkan selepas disalurkan kepada pengguna.

``Perlu diingatkan kepada pengguna bahawa air yang disalurkan ke paip-paip mereka bukan air mentah tetapi air terawat yang telah melepasi beberapa proses rawatan,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat mingguan exco di sini hari ini.

Dr. Ahmad Yunus yang dilantik sebagai jurucakap kerajaan negeri berhubung isu air berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan sebuah akhbar tempatan hari ini yang mengatakan antara lain kandungan air bekas lombong yang dipam ke Sungai Selangor tidak selamat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment