Oh My English! musim ketiga tampilkan wajah-wajah baharu
Oleh NURULANUAR MANSOR
KUALA LUMPUR, RABU, 07 Mei, 2014: Siri hiburan berpendidikan Oh My English! yang telah berjaya menarik minat 5.2 juta penonton pada musim keduanya bakal kembali dengan menampilkan beberapa muka baharu antaranya Fauziah Ahmad Daud, Nadia Nisaa dan Carmen Soo.
Oh My English! m, RABU,usim ketiga yang bakal ditayangkan mulai 18 Mei di Astro TVIQ dan Astro Maya itu turut menjemput beberapa nama besar dalam industri hiburan seperti pelakon Hans Isaac, Faizal Hussein dan penyanyi Waris.
Pelancaran `sitcom' siri terbaharu itu disempurnakan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kian Cheng dalam satu majlis yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang di sini hari ini.
Mary Yap dalam ucapannya berkata, kerajaan memberi sokongan penuh kepada rancangan ini kerana kandungannya yang banyak memberikan manafaat kepada masyarakat.
``Selain mendidik penonton bertutur Bahasa Inggeris dengan betul, rancangan ini juga dapat memberikan gambaran sebenar peranan seorang guru dalam membentuk minda dan sahsiah pelajar.
``Saya berharap, lebih banyak rancangan yang selaras dengan hala tuju pendidikan negara seperti ini diadakan,'' jelas beliau. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment