My Add

Wednesday, 7 May 2014

Aktiviti dagang, pelaburan, tumpuan perjumpaan TPM dengan usahawan Uzbekistan

TASHKENT, RABU, 07 Mei, 2014: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa kerjasama yang lebih erat antara Malaysia dan Uzbekistan dalam bidang seperti minyak dan gas, logistik dan prasarana.

Beliau berkata, bahagian-bahagian lain yang boleh menarik minat komuniti perniagaan kedua-dua Malaysia dan Uzbekistan ialah pembinaan, perancangan bandar dan pendidikan.

Dalam ucapannya di mesyuarat meja bulat perniagaan bersama ketua-ketua industri dari Uzbekistan dan Malaysia di sini, pada Rabu, beliau berkata Malaysia juga berminat meningkatkan eksport terus ke republik Asia Tengah itu.

``Ini akan menjadikan produk lebih kompetitif dari segi harga dalam pasaran anda,'' kata Muhyiddin sambil menambah bahawa beberapa produk seperti barangan elektrik dan elektronik pengguna yang diimport ke Uzbekistan menerusi pihak ketiga ialah barangan buatan Malaysia.

Beliau menekankan bahawa Malaysia, negara keenam paling kompetitif dalam kalangan 189 ekonomi di dunia merupakan rakan dagangan yang boleh diharapkan bagi Uzbekistan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment