My Add

Tuesday 27 May 2014

Bantah hudud: Hadi tetap sokong kempen Dyana

Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

TELUK INTAN, ISNIN 27 Mei, 2014: Di sebalik tentangan Dyana Sofya Mohd. Daud terhadap perlaksanaan hukum hudud dan bantahan Pas terhadap pendirian Dyana Sofya itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap turun menyokong kempen calon DAP berkenaan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, semalam.

Abdul Hadi yang tiba pada pukul 5.30 petang di Markas Pas di Taman Cecily di sini bagi majlis minum petang bersama penduduk bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga sejam ketibaan Dyana Sofya yang kemudian memberi alasan menghadiri program kempen yang lain.

Dalam ucapan yang disampaikan sebelum ketibaan calon DAP itu, Abdul Hadi berkata, bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu ternyata melebihi keberanian beliau apabila mengambil keputusan menjadi calon DAP.

"Kita menganggap Sofya ini berani. Sanggup jadi calon DAP pula. Saya tak sanggup jadi calon DAP," kata Abdul Hadi sambil disambut gelak ketawa oleh hadirin.

Dalam ucapannya, Abdul Hadi juga berkata, penyertaan Dyana Sofya dalam DAP juga mempunyai 'peranan' yang tersendiri.

"Dia jadi calon DAP, berani dia. Dyana Sofya ada 'peranan' dia dalam DAP," kata Abdul Hadi.

Justeru, walaupun Dyana Sofya telah menyatakan dengan jelas akan menolak hudud, Abdul Hadi tetap menyeru orang Melayu memilih calon DAP itu

"Di Teluk Intan ini, kita mahu orang Melayu menangkan DAP. Calon DAP Melayu. Calon BN Cina. Saya tidak mahu sebut pasal bangsa ini.

"Kalau dia menang di Parlimen dia bercakap bagi pihak kita. Saya percaya dia berani bercakap bagi pihak kita," kata Abdul Hadi. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment