My Add

Monday 26 May 2014

Raja Perlis rasmi Sukma XVII  

KANGAR, ISNIN 26 Mei, 2014: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah sukan adalah platform terbaik yang berupaya membentuk perpaduan tanpa ada sebarang rasa prejudis dan perbalahan.

Baginda menyeru penganjur Sukan Malaysia XVII (Sukma-17) Perlis 2014 agar menjadikan temasya itu sebagai landasan terbaik untuk memupuk dan mengukuhkan ikatan perpaduan atlet-atlet yang bertanding.

"Saya ingin berpesan bertandinglah secara sihat. Sekiranya tidak berjaya tidak bererti ia kekalahan untuk selama-lamanya.

"Anggaplah 'rezeki untuk menang' pada masa ini bukan milik kita," titah Tuanku syed Sirajuddin semasa merasmikan Sukma XVII di Kompleks Sukan di sini, malam ini.

Berangkat sama Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra serta Raja Puan Muda, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim turut hadir. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment