My Add

Saturday, 10 May 2014

Bayi maut di pangkuan ibu selepas menyusu

TELOK KEMANG, JUMAAT, 09 April, 2014: Impian seorang ibu tunggal, M. Trameela, 29, untuk melihat bayinya membesar hancur berkecai apabila anak itu me­ninggal dunia kelmarin.

Lebih menyayat hati, bayi perempuan berusia 28 hari itu meninggal dunia di pangkuannya selepas menyusu.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, ibu kepada lima anak tersebut yang berada di rumahnya di Jalan Lama, Port Dickson menjenguk bayinya sebelum memberinya susu namun selepas tiga jam bayi berkenaan tidak menunjukkan sebarang tindak balas.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Abd. Wahab Harun berkata, wanita itu kemudian bergegas ke Klinik Port Dickson untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

“Bagaimanapun, bayi ber­ke­naan disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian selepas usaha menyelamatkannya gagal," katanya selepas program Latihan Kemahiran Menembak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Jabatan Kerajaan sempena sambutan Hari Polis Ke-207 di Lapang Sasar Sungai Menyala, Port Dickson di sini semalam.

Ujar Abd. Wahab, siasatan awal pihaknya mendapati, tiada unsur penderaan terhadap mangsa namun siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematian dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment