Berhenti selar polis, perangi jenayah
PULAU PINANG, RABU, 07 Mei, 2014: Semua pihak khususnya parti pembangkang diingatkan supaya berhenti daripada terus menyalahkan pasukan polis berhubung sebarang kejadian jenayah sebaliknya bersama membantu mereka dalam memerangi kegiatan jenayah di negara ini.
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan (gambar) berkata, hal demikian kerana usaha untuk memerangi jenayah adalah tanggungjawab bersama dan rakyat seharusnya memberikan sokongan kepada pasukan polis.
Katanya, peningkatan kadar jenayah merupakan masalah yang melanda seluruh dunia malah negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) juga tidak terlepas daripada sebarang kegiatan jenayah.
"Kejadian serangan di tadika pernah dilaporkan di AS, jadi adalah tidak sepatutnya pasukan polis dipersalahkan.
"Pihak-pihak yang menyelar pasukan polis perlu segera berhenti daripada mengeluarkan sebarang tohmahan dan tampil bersama dengan polis untuk memerangi jenayah. Tiada siapa yang tahu bila, serta di mana jenayah akan berlaku," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment