My Add

Thursday, 8 May 2014

Kabinet putuskan bot asing wajib guna laluan digazetkan sahaja

Oleh ASSIM HASSAN

LAHAD DATU, RABU, 07 Mei, 2014: Kabinet hari ini memutuskan bot-bot asing yang masuk ke perairan negara terutamanya di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) wajib melalui laluan-laluan yang telah digazetkan sahaja.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, mana-mana bot atau kapal asing yang memasuki perairan negara melalui laluan lain, akan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.

Malah, beliau berkata, Kabinet turut memutuskan semua jenis bot milik penduduk tempatan wajib didaftarkan bagi memastikan bot mereka benar-benar milik penduduk tempatan agar tidak timbul kekeliruan dengan bot asing yang memasuki perairan negara. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment