Bomba Terengganu giat padam kebakaran di tapak pelupusan sampah, tanah gambut
KEMAMAN, SABTU, 10 Mei, 2014: Jabatan Bomba Dan Penyelamat Terengganu masih giat memadamkan dua lagi kebakaran di tapak pelupusan sampah di Kampung Mak Chili dan kawasan tanah gambut di Kampung Padang Kemunting di sini sejak pertengahan awal bulan lepas.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri, Mohd. Hasbullah Halipah berkata, seramai 10 anggota dengan bantuan bomba sukarela masih berusaha memadamkan kebakaran di tapak pelupusan sampah seluas empat hektar dan kawasan tanah gambjut seluas 14 hektar itu, yang memasuki hari ke-29 hari ini.
"Faktor cuaca panas dan kering yang tidak menentu juga menyebabkan kita terpaksa berwaspada dan sentiasa mengadakan kawalan dan pemantauan kerana bimbang akan semakin merebak," katanya.
Pihaknya juga mengalami kesukaran menjalankan operasi pemadaman kerana masalah sumber air dan terpaksa menggunakan air parit dan sungai.
"Kami kini menumpukan operasi memadam kebakaran di kawasan berhampiran penempatan penduduk bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
"Namun, hujan setengah jam beberapa hari lepas membantu anggota bomba memadamkan beberapa lagi lokasi yang terbakar antaranya di Kerteh, Kemaman dan Dungun," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment