DAN 2014 diberi nafas baharu
PUTRAJAYA, KHAMIS 15 Mei, 2014: Dasar Automotif Negara (DAN) 2014 yang dikaji semula awal tahun ini diberi nafas baharu dengan menyuntik beberapa perincian bagi memastikan ia menjadi dasar yang lebih pragmatik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, hasil daripada langkah tersebut, kini DAN 2014 berteraskan kepada beberapa peringkat seperti pelaburan, teknologi dan kejuruteraan serta perluasan pasaran.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pelancaran Auto Forum di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment