My Add

Thursday, 15 May 2014

LHDN terima 2,573,267 BNCP

CYBERJAYA, KHAMIS, 15 Mei, 2014: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima sebanyak 2,573,267 Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) melalui kaedah e-filing sehingga pukul 9 pagi ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDN, Abd. Aziz Hashim berkata, jumlah itu mengalami peningkatan sebanyak 12.3 peratus berbanding tahun lepas iaitu sebanyak 2,291,356.

"Tetapi untuk BNCP individu jumlah yang diterima adalah sebanyak 2,265,537 dan jika dibandingkan 2013 kita hanya terima 2,085,646. Terdapat peningkatan sebanyak sembilan peratus.

"Ini adalah hari terakhir untuk e-filing. Selepas ini penalti akan dikenakan dan perkara itu akan ditentukan oleh sistem nanti," katanya.

Beliau demikian ketika diminta mengulas mengenai jumlah penerimaan BNCP melalui e-filing selepas merasmikan Program Kelestarian Alam Hijau Cyberjaya 2014 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment