My Add

Friday, 9 May 2014

Emkay akan lancar vila hutan hujan pada September

GERIK, JUMAAT, 09 Mei, 2014: Emkay Group dijangka melancarkan fasa ketiga Resort Hutan Hujan Belum yang dikenali sebagai Belum Rainforest Villa, meliputi 45 vila eksklusif, pada September ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Khalif Mustapha Kamal berkata, vila itu yang dibina dengan keluasan antara 4,000 dan 5,000 kaki persegi di kawasan seluas 0.1 hingga dua hektar, akan menggunakan bahan dan teknik mesra alam.

"Vila itu akan dibina antara pokok, dan kami mahu menjual dan diurus oleh syarikat dan individu berprofil tinggi memiliki kediaman di Pulau Banding sebagai sebahagian daripada legasi hutan Belum," katanya pada sidang media selepas pelancaran fasa kedua Belum Rainforest Resort oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment