My Add

Friday, 9 May 2014

El Nino: Kerajaan akan pastikan bekalan makanan mencukupi

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 09 Mei, 2014: Usaha sedang dilakukan bagi memastikan negara tidak diancam dengan kekurangan bekalan makanan jika kemarau melanda berikutan fenomena El Nino yang dijangka bermula Jun hingga Disember.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kementerian itu sedang berbincang dengan agensi-agensi berkaitan pengeluaran makanan negara termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi memastikan bekalan makanan dan bekalan air untuk kegunaan sektor pertanian, terutama sawah padi, mencukupi.

Selain itu kementerian juga merangka strategi lain bagi menghadapi kemarau yang bakal berlaku, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Tekun Nasional (Suktem) 2014 di sini hari ini.

Beliau berkata selain memastikan bekalan air mencukupi, kementerian itu juga akan mengambil langkah seperti mengimport bekalan makanan asas seperti beras dari negara luar sekiranya berlaku kekurangan bekalan di pasaran tempatan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment