My Add

Saturday, 10 May 2014

Ibu usia lewat 40-an alami sindrom kekosongan

KUALA LUMPUR, SABTU, 10 Mei, 2014: Sebanyak 178,000 warga emas di negara ini mengalami sindrom kekosongan akibat kesunyian ditinggalkan anak yang keluar bekerja.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, jumlah tersebut lebih tinggi berbanding kajian penduduk keluarga Malaysia ke-4 (KPKM-4) yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2004.

Jelasnya, sindrom berkenaan kini sedang menular terutama dalam kalangan ibu yang berusia lewat 40-an dan 50-an.

Namun, katanya masih belum ada kajian spesifik dijalankan ke atas golongan ibu yang mengalami sindrom berkenaan.

"Berdasarkan peningkatan itu, kementerian mengambil inisiatif mengalakkan golongan sukarelawan untuk terlibat secara aktif dalam program Kembara Kebajikan yang dipertangggungjawabkan untuk memenuhi keperlusn fizikal, mental dan emosi, selain memberi sokongan kepada golongan tersebut agar tidak terus dibelenggu perasaan sunyi.

"Sehingga kini, kita mempunyai sebanyak 170 sukarelawan yang akan menjalankan tanggungjawab untuk mengisi masa kosong golongan warga emas berkenaan dengan memberi khidmat berdasarkan teras keluarga seperti kasih sayang, hormat-menghormati, bertanggungjawab dan gaya hidup sihat," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Ibu peringkat kebangsaan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment