Malaysia terkeluar senarai cetak rompak 3 tahun berturut-turut
KUALA PILAH, SABTU, 10 Mei, 2014: Selama tiga tahun berturut-turut, Malaysia terkeluar daripada Watch List atau senarai negara yang mempunyai masalah cetak rompak serius.
Pencapaian itu terkandung dalam laporan `2014 Special 301 Report' oleh Pertubuhan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) yang dikeluarkan pada 1 Mei lalu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, Malaysia terkeluar daripada senarai itu selepas berjaya mempamerkan keberkesanan, prestasi pemantauan dan penguatkuasaan yang memuaskan dalam memerangi masalah cetak rompak dan barangan tiruan diperakui oleh Amerika Syarikat.
"Sehubungan dengan laporan berkenaan, kementerian akan memastikan masalah cetak rompak dan barangan tiruan terus ditangani, sekali gus meningkatkan tahap keyakinan para pelabur asing untuk terus melabur di negara kita,'' katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Sukan Kesatuan Pegawai-pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment