Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
GERIK, JUMAAT, 09 Mei, 2014: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu agensi berkaitan mengkaji kriteria dan garis panduan bagi membolehkan Hutan Hujan Tropika Belum-Temengor mendapat pengiktirafan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).
Beliau berkata, kerajaan akan berusaha membangunkan hutan hujan tropika berusia 130 juta tahun itu kerana menepati spesifikasi nilai warisan dan ekonomi sekali gus berupaya menarik lebih banyak kunjungan pelancong.
Sekiranya memenuhi kriteria, kerajaan Malaysia akan berusaha menjadikan kawasan ini sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Bila ada klasifikasi tersebut, akan ada nilai ekonomi dan ramai pelancong akan datang ke sini tetapi mesti dibawa secara yang terancang dan dikawal rapi, kita hendak pelancongan yang berkualiti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pembangunan Belum Rainforest Resort Fasa Kedua di Pulau Banding dekat sini hari ini.
Yang turut hadir, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dan Pengerusi Kumpulan Emkay, Tan Sri Mustapha Kamal.
Pembangunan fasa kedua Belum Rainforest Resort merangkumi pembinaan 36 Deluxe Suit, enam buah calet tradisional bercirikan rumah kampung, sebuah vila eksklusif, kolam renang dan sebuah base camp, sebagai tambahan kepada 70 bilik sedia ada.
Kawasan Hutan Hujan Tropika Belum-Temengor merangkumi empat hutan simpan iaitu Taman Negeri Royal Belum, Hutan Simpan Belum, Hutan Simpan Temengor dan Hutan Simpan Gerik.
Dalam pada itu, Najib berkata, beliau bangga dengan inisiatif yang diterajui oleh Mustapha untuk membangunkan Belum Rainforest Resort dengan pelaburan lebih RM100 juta demi manfaat generasi akan datang terutamanya dalam soal pendidikan terhadap alam sekitar.
Menurut Najib, selain mempunyai nilai terapeutik dan unsur perubatan, Hutan Hujan Tropika Belum-Temengor juga kaya dengan flora dan fauna termasuk memiliki kira-kira 14 spesies yang hampir pupus serta bilangan spesies burung enggang lebih banyak dari negeri Sarawak.
Saya tertarik dengan aspek pendidikan anak-anak sekolah yang saya jumpa, datang dari sekitar negeri Perak. Mereka berada tiga malam di Base Camp Banding dan didedahkan dengan kesan ekologi dan ekosistem, justeru, saya percaya program seperti ini boleh diperluas.
Saya hendak galakkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kita juga terlibat dalam kajian penyelidikan saintifik di sini," kata Najib yang turut tertarik dengan konsep Green Ranger Malaysia serta tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh Kumpulan Emkay terhadap masyarakat Orang Asli di sini.
Selain itu, Najib turut menzahirkan pengalaman unik berada di Belum Rainforest Resort yang disifatkan berbeza dengan lawatannya sebelum ini sekali gus mengingatkan beliau akan ayahandanya, Tun Abdul Razak iaitu orang yang bertanggungjawab membuka Empangan Temengor di sini pada 1974.
Menariknya, kata beliau, kawasan Hutan Hujan Tropika Belum-Temengor yang dahulunya tertumpu pada soal keselamatan dalam memerangi ancaman komunis, kini bertukar konsep menjadi pemangkin budaya untuk mencintai alam sekitar dan warisan negara.
Selain itu, beliau turut mencadangkan agar Belum Rainforest Resort yang kini mendapat pengiktirafan empat bintang, dijadikan lokasi pilihan untuk tetamu negara ala Camp David di Amerika Syarikat pada masa akan datang.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Emkay, Ahmad Khalif Mustapha Kamal berkata, pihaknya hanya boleh menghantar kertas kerja untuk mencadangkan pewartaan Hutan Hujan Tropika Belum-Temengor selepas dua tahun memandangkan Malaysia masih menganggotai jawatankuasa pemilihan dalam UNESCO.
Menurut beliau, inisiatif itu bagaimanapun perlu digerakkan oleh kerajaan negeri kepada kerajaan Persekutuan dan pihaknya menerusi Yayasan Pulau Banding, bersedia untuk menjadi sekretariat.
Sekiranya kita mampu mendapat pengiktirafan dalam tiga tahun akan datang, saya percaya ini akan mendatangkan sumber pendapatan baharu kepada kerajaan negeri," katanya. - UTUSAN
![]() |
* NAJIB Tun Razak ditemani Rosmah Mansor menandatangani plak perasmian fasa kedua Belum Rainforest Resort di Pulau Banding, Gerik, Perak, semalam. Turut hadir, Zambry Abdul Kadir (kiri) dan Mustapha Kamal Abu Bakar (kanan) . - BERNAMA |

No comments:
Post a Comment