![]() |
* DR.. Mahathir Mohamad (kanan) melancarkan Buku Reminiscences of Inssurection: Malaysias Battle Against Terrorism 1960-1990 di Wisma Perwira, Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Azzam Mohd. Hanif Ghows. - BERNAMA |
Malangnya, menurut beliau, anggota kumpulan militan terbabit menyangka kegiatan mereka tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
Semua itu salah, semua umat Islam sepatutnya menganggap diri mereka sebagai bersaudara.
Namun, mereka lebih gemar berbunuhan sesama sendiri. Perbuatan itu tidak mencerminkan ajaran Islam," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan buku Reminiscences of Insurrection: Malaysia's Battle Against Terrorism 1960-1990 di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
Yang turut hadir ialah isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Haniff Omar; Ketua Staf Markas ATM, Laksamana Madya Datuk Nasaruddin Othman; Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim dan penulis buku tersebut, Leftenan Kolonel (B) Mohd. Azzam Mohd. Hanif Ghows.
Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki warga Somalia di Selangor kerana disyaki anggota kumpulan pengganas Al-Syabab.
Dr. Mahathir menambah, umat Islam sepatutnya mengkaji sejarah agar mereka sedar bahawa tiada manfaat yang diperoleh daripada keadaan yang tegang dan tidak stabil.
Apa gunanya berperang, berbunuhan sesama sendiri. Akhirnya apa yang kita dapat," ujarnya.
Beliau juga percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi yang terbaik untuk menangani gejala ekstremis di negara ini walaupun terpaksa berdepan situasi yang sukar. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment